Setiap tindakan atau perbuatan yang kita lakukan setiap hari mestilah ada kaitan dengan matlamat sebenar kita hidup di dunia. Masa yang ada adalah terlalu singkat untuk kita habiskan dengan perkara yang sia-sia.Oleh itu jadikan semua aktiviti harian kita selari dengan maksud kita hidup. Contohnya saya bekerja setiap hari adalah untuk saya terus berbakti kepada Allah dan Rasulnya. Jadikan kerja sebagai peluang untuk meraih pahala sebanyak mungkin. Hindarkan sifat bertangguh-tangguh kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil oleh Allah s.w.t. Setiap saat yang berlalu adalah terlalu berharga jika dipenuhi dengan perkara yang sia-sia. Tiada duit atau apa sahaja harta benda yang boleh kita gunakan untuk menebus satu saat yang telah berlalu. Umur kita adalah ibarat modal yang harus kita laburkan pada sesuatu yang menguntungkan kita pada hari kemudian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment